BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010




Dalam pembentukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu. Jelasnya, dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut. Peperangan dan perundingan.

Gerakan Nasionalisme


Setiap orang tahu dan faham akan erti peperangan / kekerasan. Seandainya diberi pilihan untuk berada dalam suasana peperangan, pastinya setiap orang akan menjawab tidak. Ini kerana kesan dan akibat perang / kekerasan akan menimbulkan kesusahan kepada manusia. Sebenarnya peperangan telah berlaku semenjak tamadun awal manusia lagi. Bermulanya tamadun manusia moden, iaitu semenjak revolisi perindustrian di barat, barat telah mengamalkan dasar penaklukan terhadap negara-negara di dunia, termasuklah negara kita Malaysia.
Semanjak itu, banyak berlaku penentangan dan keganasan demi untuk mencapati kebebasan. Maksudnya di sini, para pejuang kemerdekaan telah berusaha untuk menghalau penjajah dari menakluk negara tercinta. Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia (Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan penantangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terangganu. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan.
Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, yang bermula di Kota Baharu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang Melayu. Namun begitu kesan yang paling kuat ditanggng adalah daripada kaum Cina. Ini kerana perbelahan yang telah berlaku di antara Negara China dan Jepun. Jadi perasaan dendam telah membuatkan tertubuhnya banyak parti gerakan untuk menentang Jepun. Contohnya Parti Komunis Malaya. Penaklukan Tanah Melayu oleh orang-orang Jepun merupakan titik tolak bermulanya penubuhan gerakan Komunis di Tanah Melayu. Gerakan ini telah menjadi masalah terhadap keselamatan orang awam selepas berakhirnya penaklukan Jepun di Tanah Melayu.
Selepas pengunduran tentera Jepun, Parti Komunis Malaya telah menggunaka kesempatan ini untuk membuat kekacauan, keadaan selama lebih kurang tiga minggu ini membuatkan kerajaan British menghantar tenteranya ke Tanah Melayu dengan kadar segera.
Dalam keadaan dan suasana peperangan serta keganasan, belum dapat ditentukan berapa banyak nyawa yang terkorban, berapa ramai yang menderita kerana tercedera paling menyedihkan, masyarakat telah menjadi truma dengan keadaan ini. Jadi kesan sosial telah berlaku apabila tamatnya peperangan dan keganasan. Apabila keadaan ini berlaku, corak penentangan telah berubah daripada menggunakan kekerasan bertukar kepada cara diplomasi.

Gerakan Nasionalisme Menggunakan Perundingan.


Disebabkan keadaan telah kembali terkawal walaupun belum aman sepenuhnya, gerakan penentangan secara bersenjata atau kekerasan tidak dilakukan lagi. Keadaan ini telah diganti dengan cara perundingan. Perundingan di sini lebih ditumpukan kepada proses kemerdekaan negara bangsa. Apabila disebut perkataan perundingan, pastinya semua orang tahu bahawa perundingan membawa maksud perbincangan, pemberi pendapat dan menerima maklumat dengan cara aman.
Gerakan nasionalisme menggunakan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya semangat inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan, langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat. Caranya adalah dengan menggunakan media massa. Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan perpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.
Kaedah politik juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak kemerdekaan. Politik juga dikaitkan dengan perundingan, ini adalah titik permulaan berlakunya perundingan dalam mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1955, Tanah Melayu telah mengadakan Pilihan raya Persekutuan yang pertama dengan kemenangan berpihak kepada parti Perikatan. Dengan adanya pilihan raya, para pemimpin telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka untuk mendapatkan hak mutlak negara sendiri. Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957.




It’s the 53rd independence day for Malaysia, my nation!

But it’s very usual not only for me, but for many Malaysians for this year,

Malay are tired of fasting, so no grand celebration this year at Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, the three hotspots in Kuala Lumpur for mega-scale celebration.

Chinese and Indians have to cope to the current situation, so enjoying themselves individually or with gang of friends, maybe it’s time to relax, I should too!

Even yesterday, the Merdeka Eve, have to stay in house till night for night study of calculations, those mathematics that caused me headache…This year, I don’t feel any ‘Merdeka’ feeling at all….not to say that I’m not patriotic, but I still love the country!

Anyway, wishing every Malaysians Happy National Day!


IM PROUD TO BE MALAYSIAN GIRL !


sorry fer da late wish MALAYSIA!

it not meants i dont love you, i still LOVE you my lovely country !


No comments:

Post a Comment